Friday, 15 March 2013

Tiny Pizza DIY




500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti
Masukkan sponge doh bersama semua bahan kedalam mesin pengadun, tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. Garam akan membunuh yeast dari membiak. 'On' kan mesin pengadun dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mesin pengadun sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok pengadun
Keluarkan doh dan tutup dengan tuala basah

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda


 Resepi tu memang terbaik sebab roti ini akan tetap lembut hingga ke esokkan harinya

Doh yang dah kembang ditumbuk untuk mengeluarkan angin.
Ambil pencetak bulat dan terap. (saya guna tutup botol jek)
Sapukan telur supaya doh tidak terlalu basah dan lembik nanti
Sapukan sos prego
Letak hirisan sosej dan sayor campur
Letak cheese (yang ini saya letak parmesan, jika nak yang cheese boleh tarik panjang, gunakan mozarella). Bohla apa cheese pun, cheddar pun sedap

 
Bakar 180 C dalam 15-20 min.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

No comments:

Post a Comment