Wednesday 20 March 2013

DIY caramel cake




Tea Time !

Gula hangus
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketika
Pastikan gula ni sekata keliling loyang. Jika tak sekata, kek keluar tak cantik

Karamel
1/2 tin (200ml) susu cair 
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati dengan garpu sahaja
Tapis dan tuang perlahan atas gula hangus tadi. Dengar bunyi cam kaca pecah, relaks .. Tu jadila maknanya

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder 
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang 
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

Meringue ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika diterbalikkan. Ini penting!

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi. Jika terdengan bunyi seperti kaca pecah, biar sahaja, jangan panik
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan cara berselang seli warna (Adunan takkan tenggelam dalam karamel dan macam terapung-apung. Takpe, biarkan dan terus letakkan adunan sampai habis. Lelama nanti dia tak gerak-gerak dah. Jika adunan pada awal tidak terapung ...hah tu makna ada kesilapan - mungkin putih telur dikacau kuat sangat dan tidak dikaup balik. Kek karamel anda tidak akan selembut dan gebu. Jangan salahkan saya ya )












lepas tu...










3.Panaskan oven selama 10 minit

4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah. Kek ini akan naik tinggi. Jadimpastikan anda menggunakan loyang 8 atau 9 inci
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan. Seandainya anda mengikut semua tils yang pernah saya post terduhulu, anda akan tersenyum melihat kek yang mulus tanpa rekahan atau repihan karamel
8. Potongg kek yang sejuk (keluar petinais) menggunakan pisau kek plastik yang telah dicelup air panas dan dilap terlebih dahulu




☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

No comments:

Post a Comment