Saturday 2 March 2013

Helpful Tips 4

Tips menbuat Kek Red Velvet
  1. Kek red velvet akan naik mengembang. Jadi untuk adunan ini, lebih baik gunakan loyang 9 inci
  2. Gunakan pewarna merah yang kuat seperti Red Red, Red Bright. Jangan guna yang water base sebab warnanya nanti tak merah sangat.  Tapi jangan lak guna banyak sangat pewarna sampai rasa berubah. Ikut resepi kata apa ya. Lebih elok jika guna pewarna semulajadi - dari beet root yang dikisar dan perah. Mana nak cari ? Supermarket yang besar, adala.
  3. Koko dan tepung hendaklah diayak supaya kek ini lebih sekata warnanya
  4. Jangan terlebih koko kerana ini bukan kek coklat. Kurang koko, lebih merahla kek ini. Tetapi jangan sampai tak letak koko pulak
  5. Sejurus selepas baking soda kedalam cuka, gaul sekata dan terus masuk kedalam adunan. Jangan guna mixer, dan gaul guna spatula cara kaup balik. Pastikan sekata, jika tidak kek red velvet ini akan ada garisan hitam didalamnya
  6. Buttermilk memang agak mahal. Jadi jika tiada buttermilk, ambil 1 cawan susu segar dan campurkan dengan sesudu besar lemon jus atau cuka makan dan biarkan selama 10 min sebelum digunakan
  7. Kek ini sedap dikombinasikan dengan frosting cream cheese
  8. Disebabkan kek ini menggunakan creamcheese dan whipcream, kek ini lebih sedap di makan sejuk dan tidak sesuai untuk perjalanan jauh
  9. Untuk cream cheese frosting yang mudah dan lebih kental untuk deko2, guna 500 cream cheese,  1  1/2 cawam gula ising, 1 st esen vanila, 1/2 cawan butter. 
Click HERE for the original post.

No comments:

Post a Comment