Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

DIY caramel cake




Tea Time !

Gula hangus
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketika
Pastikan gula ni sekata keliling loyang. Jika tak sekata, kek keluar tak cantik

Karamel
1/2 tin (200ml) susu cair 
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati dengan garpu sahaja
Tapis dan tuang perlahan atas gula hangus tadi. Dengar bunyi cam kaca pecah, relaks .. Tu jadila maknanya

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder 
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang 
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

Meringue ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika diterbalikkan. Ini penting!

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi. Jika terdengan bunyi seperti kaca pecah, biar sahaja, jangan panik
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan cara berselang seli warna (Adunan takkan tenggelam dalam karamel dan macam terapung-apung. Takpe, biarkan dan terus letakkan adunan sampai habis. Lelama nanti dia tak gerak-gerak dah. Jika adunan pada awal tidak terapung ...hah tu makna ada kesilapan - mungkin putih telur dikacau kuat sangat dan tidak dikaup balik. Kek karamel anda tidak akan selembut dan gebu. Jangan salahkan saya ya )












lepas tu...










3.Panaskan oven selama 10 minit

4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah. Kek ini akan naik tinggi. Jadimpastikan anda menggunakan loyang 8 atau 9 inci
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan. Seandainya anda mengikut semua tils yang pernah saya post terduhulu, anda akan tersenyum melihat kek yang mulus tanpa rekahan atau repihan karamel
8. Potongg kek yang sejuk (keluar petinais) menggunakan pisau kek plastik yang telah dicelup air panas dan dilap terlebih dahulu




☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Saturday, 16 March 2013

Helpful Tips 8


You know when you've bitten into the perfect cookie :
It crunches ever so slightly. 
It oozes chocolaty warmth. 
It tastes buttery and sweet and salty all at the same time. 


Tips membuat perfect cookies : 


  1. Baca resepi dengan betul dan concentrate dan fahami betul2 resepi tersebut. Tutup hp tu dan jangan tengok tv. Pastikan bahan2 semua cukup
  2. Bahan yang berquality - butter mestilah suhu bilik
  3. Pastikan bahan kekacang di masukkan last ke dalam batter, its crunchier. 
  4. Jika hendak hancurkan kekacang dalam food processor, gaulkan dulu dengan tepung atau gula (ambil dari bahan resepi) supaya dia menyerap minyak didalam kekacang. 
  5. Semua bahan kering seperti kekacang, badam, kuaci dan lain lain perlulah dibakar dalam 7 min dan disejukkan sebelum dicampur ke dalam adunan
  6. Guna kuning telur
  7. Guna vanilin atau vanila powder 
  8. Emplex dan tepung jagung atau tepung kastard (jika di nyatakan didalam resepi) adalah untuk merangupkan cookies
  9. Guna gula halus atau gula kaster. Gula kasar akan mencair dan ini akan membuat cookies kita mengembang dan leper
  10. Tepung berprotein tinggi seperti tepung roti akan menyerap kelembapan dan ini akan menyebab cookies lebih kering dan keras 
  11. Tepung berprotein rendah seperti tepung kek pula akan membuat cookies kita basah dan leper
  12. Guna medium protein flour seperti tepung rose atau tepung serbaguna
  13. Semasa mengukur tepung, jangan dihentak bekas tersebut atau memampatkannya
  14. Ikut sukatan yang betul dan gunakan belakang pisau untuk meratakan tepung jika mengunakan ukuran cawan
  15. Adunan tidak perlu dipukul dengan kasar, cukup sekadar menggunakan spatula. Gunakan mesin pengadun hanya untuk mencairkan gula bersama butter
  16. Seeloknya adunan cookies dibiar dalam peti ais sebelum dibakar. Cookies tidak akan spread dan akan naik dengan cantik
  17. Adunan cookies yang dibiar semalaman dalam peti ais, membenarkan protein dan kandungan starch menyerap air, menyebabkan cookies kita lebih kering dan menjadikan cookies lebih sedap dan rangup
  18. Jika menggunakan butter, cukup sekadar 20 min didalam peti ais, tetapi jika menggunakan margarine, pastikan adunan mesti dimasukkan dalam peti ais semalaman
  19. Doh cookies boleh disimpan dalam peti ais selama 2-3 hari, atau jika didalam freezer selama 3 bulan. (eloknya di terap dahulu bentuk cookies sebab selepas keluar peti ais, doh ini boleh terus bakar di oven)
  20. Panaskan oven 15-20 minit sebelum membakar
  21. Pastikan alas dan dulang dalam keadaan room temperature supaya adunan tidak mencair sebelum masuk oven (ini untuk mereka yang hanya ada 1 atau 2 dulang -menggunakan alas/dulang yang sama macam saya ha ha ha). Basahkan dahulu / jirus dengan air dan lap dahulu supaya dulang tu tidak terlalu panas
  22. Paling elok, gunakan silicone mat (dia tak mudah koyak dan boleh guna banyak kali serta dan cookies tidak melekat)
  23. Jika tidak ada silicone mat, sapukan dulang dengan minyak atau butter atau tepung (terutama jika cookies ada chocolate chips)
  24. Seelokannya dipusingkan dulang selepas separuh dari masa membakar
  25. Seelokan cookies di alih dari dulang ke jejaring untuk menyejukkannya.
  26. Tetapi ada cookies yang mesti dibiar sejuk dahulu sebelum boleh dialih dari dulang 
  27. Simpan cookies didalam bekas kedap udara
  28. Pastikan cookies benar-benar sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas, kerana pemeluwapan akan menyebabkan cookies lemau
  29. Jangan dicampurkan cookies yang berlainan didalam satu bekas. The chewier cookies will steal moisture from the crispier ones.
  30. Letakkan sepotong apple didalam bekas cookies yang chewy supaya cookies tersebut kekal lembut


Remember - If something is worth doing, it is worth doing right! Cultivate the do-it-right attitude and habit. Baking demands accuracy and care.You cannot improvise or substitute ingredients. Never carry on another activity while you are mixing a recipe. Distractions, no matter how small, lead to mistakes. Let the telephone ring!

Click HERE for more cookies recipe.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Roti Jalin DIY






500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti.
Masukkan sponge doh dan semua bahan kedalam mesin pengadun, tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. 'on'kan mesin pengadun dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mesin pengadun sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok mesin pengadun. Keluarkan doh dan tutup dengan kain yang lembab.

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda


Cara menjalin
Uli doh supaya berbentuk tali yang panjang tetapi pastikan dibahagian tengah dibiarkan tebal/gemuk
Buat tiga tali yang sama panjang
Mulakan dengan memicit hujung doh supaya ketiga2 melekat
Tandakan tali A, B dan C (ABC)
Tali A dibawa ketengah. (BAC)
Kemudian C dimasukkan ketengah (BCA)
Kemydian B masuk ketengah (CBA)
Seterusnya CAB, ACB, ABC dan ulang hingga kehujung dan picit supaya melekat

(Ha ha ha amik kau...belajar ABC lak sekejab)

Sapu telur, sos prego, letak hirisan sosej, sayur campur dan cheese parmesan ke cheddar ke mozarella
Bakar 180 C dalam 15-20 min
Bila sejuk, letak mayonis dan black pepper dan cili sos

Sedap dimakan diwaktu pagi sebagai sarapan atau petang untuk minum petang.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Friday, 15 March 2013

Tiny Pizza DIY




500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti
Masukkan sponge doh bersama semua bahan kedalam mesin pengadun, tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. Garam akan membunuh yeast dari membiak. 'On' kan mesin pengadun dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mesin pengadun sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok pengadun
Keluarkan doh dan tutup dengan tuala basah

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda


 Resepi tu memang terbaik sebab roti ini akan tetap lembut hingga ke esokkan harinya

Doh yang dah kembang ditumbuk untuk mengeluarkan angin.
Ambil pencetak bulat dan terap. (saya guna tutup botol jek)
Sapukan telur supaya doh tidak terlalu basah dan lembik nanti
Sapukan sos prego
Letak hirisan sosej dan sayor campur
Letak cheese (yang ini saya letak parmesan, jika nak yang cheese boleh tarik panjang, gunakan mozarella). Bohla apa cheese pun, cheddar pun sedap

 
Bakar 180 C dalam 15-20 min.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Sosej DIY



Sila rujuk post resepi roti yang terdahulu ok. Resepi tu memang terbaik sebab roti ininakan tetap lembut hingga ke esok

Selepas doh kembang, tumbuk2 dan timbang dalam 25g, gelek sampai jadi panjang macam tali
Ambil sosej (dilap kering supaya doh melekat), dan putar doh tadi mengeliling sosej
Biarkan doh rehat 20 min, tabur bijan dan bakar 180, 15-20 min. 

Untuk nampak berkilat, sejurus selepas roti dikeluarkan dari oven, sapukan dengan telur yang dicampur susu

Bila dah sejuk, boleh la  papkan cili sos ke black pepper sos  dan mayonis

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Tuesday, 12 March 2013

Helpful Tips 7




Ada banyak cara membuat kek tiramisu.


Sebelum ini saya ada post tiramisu simple menggunakan biskut jejari sahaja, tetapi kali ini saya gunakan resepi yang menggunakan kek. Nampak confusing tetapi yang penting ialah kek ini kek berlapis...kek - tiramisu - kek - tiramisu - kek

Bahan A
250g creamcheese
250g mascarpone cheese
2 kuning telur
2 sb gelatin
60 ml air panas
(larutkan air dengan gelatin dan ketepikan)

 (coffee syrup)
2g instant coffee
20g gula kastor
15g air panas
(bancuh semua sampai kopi larut)

2bj telur putih
40g gula kastor

400g non diary whip cream (whisk hingga kental)

Bahan B
70g gula kastor
100g air panas
10g instant coffee

Bahan C
Sponge cake dipotong kepada 3 lapis 
(resepi kek sponge akan saya post lainkali ya)

Cara
Putar creamcheese dan mascarpone hingga sebati dan kental
Masukkan telur kuning dan gelatin dan coffee syrup
Sementara itu pukul putih telur dan gula kastor hingga jadi meringue
Campurkan adunan cheese dan meringue cara kaup balik
Letakkan sponge kek di dalam pan (elok guna yang boleh push up)
Percikkan atau sudukan keseluruhan kek dengan bahan  B
Letak adunan cheese
Letak kek lagi
Percik adunan kopi dan ulang hingga habis
Masukkan tiramisu kedalam peti ais semalaman
Keluarkan dan salut kek ini dengan fresh cream










Click HERE for the original post.

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan


Monday, 11 March 2013

Helpful Tips 6

Tips tambahan untuk mempelbagaikan brownies


1. Choc chip brownies -  letak choc chip atas cream cheese, atau tanpa cream cheese, letak dalam adunan dan toppings

2. Walnut / pecans brownies - Boleh juga letak walnuts atau pecans dalam atas toppings adunan brownies 

3. Marble brownies -Boleh juga adunan brownie di bahagi dua, sebahagian biar putih dan sebahagian letak koko. Semasa meletakkan didalam loyang, letak sesenduk secara bergilir antara adunan putih dan adunan koko, nanti jadilah brownie marble. Nak cantik lagi, selepas kesemua adunan dimasukkan, ambil lidi dan buat hurup '&' supaya marble lebih menarik apabila dipotong nanti.

4. Blueberry atau strawberry brownies - letak strawberry atau blueberry filling atas creamcheese dan swirl

5. Black and white brownies - adunan brownies yang diletakkan creamcheese tanpa lain-lain kekacang etc



Perbezaan antara brownies dan kek coklat 


1. Resepi brownies tidak menggunakan sebarang leavening seperti baking powder atau baking soda, jadi brownies tidak akan mengembang seperti kek coklat

2. Disebabkan tiada leavening maka brownies akan lebih padat dan mampat berbanding dengan kek coklat

3. Brownies lebih perasa coklat (chocolatey) berbanding coklat kek! Brownies guna kurang tepung dan lebih coklat atau koko

4. Brownies guna butter cair tapi coklat kek guna butter yang room temperature

5. Brownies teksture adelah diantara kek dan cookies 

6. Brownies biasa dan lebih sedap dimakan dengan topping icecream, whip cream

7. Tetapi jika adunan brownies diganti dengan gula perang dan tidak menggunakan coklat, ianya dipanggil blondie






Gist of the brownies story :
High ratio of butter to flour - dense and fudgy
Less butter - more cakelike
More eggs - even more like a traditional cake
Higher ratio of sugar - gooier brownie.




Click HERE for the original post


 ☏ 013-3390202

✉ aidilabakery@gmail.com

http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan



Saturday, 9 March 2013

Mexican Bun DIY



Tu dia step by step. Selamat Mencoba !



Resepi tengok post terdahulu k.

Step 1 : Uli doh dan buat bebola dalam saiz 30-40g tiap satu dan biarkan 30min supaya dia kembang
Step 2 : tumbuk2 doh dan masukkan filling ditengah2 dan tutup semuka dengan kemas 
Step 3 : Pastikan kemas ya, jika tidak filling akam terkelar apabila doh ini mengembang selepas 30 min
Step 4 : Bila dah kembang 2 kalimganda, picitkan topping kopi atas bun tadi
Step 5 : Bakar dan bersedialah sebab bila2 masa anak atau suami atau jiran akan kedapur dan berkata ...'mmmm sedapnya bau...'

Selamat mencuba!

Click HERE for more mexican buns.

 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan