Saturday 16 March 2013

Roti Jalin DIY






500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti.
Masukkan sponge doh dan semua bahan kedalam mesin pengadun, tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. 'on'kan mesin pengadun dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mesin pengadun sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok mesin pengadun. Keluarkan doh dan tutup dengan kain yang lembab.

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda


Cara menjalin
Uli doh supaya berbentuk tali yang panjang tetapi pastikan dibahagian tengah dibiarkan tebal/gemuk
Buat tiga tali yang sama panjang
Mulakan dengan memicit hujung doh supaya ketiga2 melekat
Tandakan tali A, B dan C (ABC)
Tali A dibawa ketengah. (BAC)
Kemudian C dimasukkan ketengah (BCA)
Kemydian B masuk ketengah (CBA)
Seterusnya CAB, ACB, ABC dan ulang hingga kehujung dan picit supaya melekat

(Ha ha ha amik kau...belajar ABC lak sekejab)

Sapu telur, sos prego, letak hirisan sosej, sayur campur dan cheese parmesan ke cheddar ke mozarella
Bakar 180 C dalam 15-20 min
Bila sejuk, letak mayonis dan black pepper dan cili sos

Sedap dimakan diwaktu pagi sebagai sarapan atau petang untuk minum petang.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

No comments:

Post a Comment