Saturday, 16 March 2013

Helpful Tips 8


You know when you've bitten into the perfect cookie :
It crunches ever so slightly. 
It oozes chocolaty warmth. 
It tastes buttery and sweet and salty all at the same time. 


Tips membuat perfect cookies : 


  1. Baca resepi dengan betul dan concentrate dan fahami betul2 resepi tersebut. Tutup hp tu dan jangan tengok tv. Pastikan bahan2 semua cukup
  2. Bahan yang berquality - butter mestilah suhu bilik
  3. Pastikan bahan kekacang di masukkan last ke dalam batter, its crunchier. 
  4. Jika hendak hancurkan kekacang dalam food processor, gaulkan dulu dengan tepung atau gula (ambil dari bahan resepi) supaya dia menyerap minyak didalam kekacang. 
  5. Semua bahan kering seperti kekacang, badam, kuaci dan lain lain perlulah dibakar dalam 7 min dan disejukkan sebelum dicampur ke dalam adunan
  6. Guna kuning telur
  7. Guna vanilin atau vanila powder 
  8. Emplex dan tepung jagung atau tepung kastard (jika di nyatakan didalam resepi) adalah untuk merangupkan cookies
  9. Guna gula halus atau gula kaster. Gula kasar akan mencair dan ini akan membuat cookies kita mengembang dan leper
  10. Tepung berprotein tinggi seperti tepung roti akan menyerap kelembapan dan ini akan menyebab cookies lebih kering dan keras 
  11. Tepung berprotein rendah seperti tepung kek pula akan membuat cookies kita basah dan leper
  12. Guna medium protein flour seperti tepung rose atau tepung serbaguna
  13. Semasa mengukur tepung, jangan dihentak bekas tersebut atau memampatkannya
  14. Ikut sukatan yang betul dan gunakan belakang pisau untuk meratakan tepung jika mengunakan ukuran cawan
  15. Adunan tidak perlu dipukul dengan kasar, cukup sekadar menggunakan spatula. Gunakan mesin pengadun hanya untuk mencairkan gula bersama butter
  16. Seeloknya adunan cookies dibiar dalam peti ais sebelum dibakar. Cookies tidak akan spread dan akan naik dengan cantik
  17. Adunan cookies yang dibiar semalaman dalam peti ais, membenarkan protein dan kandungan starch menyerap air, menyebabkan cookies kita lebih kering dan menjadikan cookies lebih sedap dan rangup
  18. Jika menggunakan butter, cukup sekadar 20 min didalam peti ais, tetapi jika menggunakan margarine, pastikan adunan mesti dimasukkan dalam peti ais semalaman
  19. Doh cookies boleh disimpan dalam peti ais selama 2-3 hari, atau jika didalam freezer selama 3 bulan. (eloknya di terap dahulu bentuk cookies sebab selepas keluar peti ais, doh ini boleh terus bakar di oven)
  20. Panaskan oven 15-20 minit sebelum membakar
  21. Pastikan alas dan dulang dalam keadaan room temperature supaya adunan tidak mencair sebelum masuk oven (ini untuk mereka yang hanya ada 1 atau 2 dulang -menggunakan alas/dulang yang sama macam saya ha ha ha). Basahkan dahulu / jirus dengan air dan lap dahulu supaya dulang tu tidak terlalu panas
  22. Paling elok, gunakan silicone mat (dia tak mudah koyak dan boleh guna banyak kali serta dan cookies tidak melekat)
  23. Jika tidak ada silicone mat, sapukan dulang dengan minyak atau butter atau tepung (terutama jika cookies ada chocolate chips)
  24. Seelokannya dipusingkan dulang selepas separuh dari masa membakar
  25. Seelokan cookies di alih dari dulang ke jejaring untuk menyejukkannya.
  26. Tetapi ada cookies yang mesti dibiar sejuk dahulu sebelum boleh dialih dari dulang 
  27. Simpan cookies didalam bekas kedap udara
  28. Pastikan cookies benar-benar sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas, kerana pemeluwapan akan menyebabkan cookies lemau
  29. Jangan dicampurkan cookies yang berlainan didalam satu bekas. The chewier cookies will steal moisture from the crispier ones.
  30. Letakkan sepotong apple didalam bekas cookies yang chewy supaya cookies tersebut kekal lembut


Remember - If something is worth doing, it is worth doing right! Cultivate the do-it-right attitude and habit. Baking demands accuracy and care.You cannot improvise or substitute ingredients. Never carry on another activity while you are mixing a recipe. Distractions, no matter how small, lead to mistakes. Let the telephone ring!

Click HERE for more cookies recipe.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

No comments:

Post a Comment