Monday, 4 March 2013

Red Velvet



Bahan

5 biji telur

250 gram mentega

3 cawan tepung naik sendiri

3 sudu makan koko powder

2 cawan gula kastor

4 sudu makan pewarna Red Bright

1 cawan buttermilk

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil  cuka makan

Cara

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.

2. Ayakkan bahan kering menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.

3. Pukul mentega dan gula hingga kembang

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji


5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.


6. Masukkan tepung dan buttermilk berselang seli hingga habis dan pukul hingga kembang dan ringan


7. Larutkan baking powder dan cuka dalam mangkok lain,  kemudian tuangkan kedalan adunan kek.

Kaup balik hingga sebati.

8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 170 dalam 30 min atau hingga kek masak



Krim. (kek ini sesuai dengan fillings atau frosting creamcheese)

500 g cream cheese philadelphia

1 cawan whipcream non diary

Pukul hingga kental



Cara menyusun kek

Kek dibelah melintang kepada 2 atau 3 lapis. Setiap lapis letakkan filling / fristing.

Akhir sekali tutup semua dengan frosting dan boleh hias

 dengan strawberi atau hirisan coklat


Click HERE for some helpful tips.

 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

No comments:

Post a Comment