Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

DIY caramel cake




Tea Time !

Gula hangus
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketika
Pastikan gula ni sekata keliling loyang. Jika tak sekata, kek keluar tak cantik

Karamel
1/2 tin (200ml) susu cair 
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati dengan garpu sahaja
Tapis dan tuang perlahan atas gula hangus tadi. Dengar bunyi cam kaca pecah, relaks .. Tu jadila maknanya

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder 
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang 
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

Meringue ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika diterbalikkan. Ini penting!

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi. Jika terdengan bunyi seperti kaca pecah, biar sahaja, jangan panik
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan cara berselang seli warna (Adunan takkan tenggelam dalam karamel dan macam terapung-apung. Takpe, biarkan dan terus letakkan adunan sampai habis. Lelama nanti dia tak gerak-gerak dah. Jika adunan pada awal tidak terapung ...hah tu makna ada kesilapan - mungkin putih telur dikacau kuat sangat dan tidak dikaup balik. Kek karamel anda tidak akan selembut dan gebu. Jangan salahkan saya ya )












lepas tu...










3.Panaskan oven selama 10 minit

4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah. Kek ini akan naik tinggi. Jadimpastikan anda menggunakan loyang 8 atau 9 inci
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan. Seandainya anda mengikut semua tils yang pernah saya post terduhulu, anda akan tersenyum melihat kek yang mulus tanpa rekahan atau repihan karamel
8. Potongg kek yang sejuk (keluar petinais) menggunakan pisau kek plastik yang telah dicelup air panas dan dilap terlebih dahulu




☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Friday, 15 March 2013

Tiny Pizza DIY




500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti
Masukkan sponge doh bersama semua bahan kedalam mesin pengadun, tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. Garam akan membunuh yeast dari membiak. 'On' kan mesin pengadun dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mesin pengadun sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok pengadun
Keluarkan doh dan tutup dengan tuala basah

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda


 Resepi tu memang terbaik sebab roti ini akan tetap lembut hingga ke esokkan harinya

Doh yang dah kembang ditumbuk untuk mengeluarkan angin.
Ambil pencetak bulat dan terap. (saya guna tutup botol jek)
Sapukan telur supaya doh tidak terlalu basah dan lembik nanti
Sapukan sos prego
Letak hirisan sosej dan sayor campur
Letak cheese (yang ini saya letak parmesan, jika nak yang cheese boleh tarik panjang, gunakan mozarella). Bohla apa cheese pun, cheddar pun sedap

 
Bakar 180 C dalam 15-20 min.


☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Sosej DIY



Sila rujuk post resepi roti yang terdahulu ok. Resepi tu memang terbaik sebab roti ininakan tetap lembut hingga ke esok

Selepas doh kembang, tumbuk2 dan timbang dalam 25g, gelek sampai jadi panjang macam tali
Ambil sosej (dilap kering supaya doh melekat), dan putar doh tadi mengeliling sosej
Biarkan doh rehat 20 min, tabur bijan dan bakar 180, 15-20 min. 

Untuk nampak berkilat, sejurus selepas roti dikeluarkan dari oven, sapukan dengan telur yang dicampur susu

Bila dah sejuk, boleh la  papkan cili sos ke black pepper sos  dan mayonis

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Tuesday, 12 March 2013

DIY Tiramisu



Mak: Kek apa?

Anak: Kek tiramisu

Mak: Kek apa?

Anak: Tiramisu mak

Mak: Kek apa?

Anak: Berapa kali nak ulang. Kek tiramisu, kek tiramisu lah
Mak: *kasi buku*  (flashback tahun 1979)

dah k.. Stop mengarut. Kembali pada kek ni tadi.
|
|
|
V
Ni dia cara2 nya

Bahan : 
2 bungkus biskut ladyfingers 
Bancuhan kopi (saya guna yang 3-1 nescafe)

Fillings :
250g mascarpone cheese 
3sb sour cream
2sb whipping cream (heavy cream pun boleh)

250g whip cream non diary
120g gula kastor

1/4 c koko
Buah-buahan untuk hiasan
 
 


 
 
 

Biskut direndam dalam bancuhan biskut sekejab sahaja (jangan sampai lembik ya)
Atur biskut di bawah dan di keliling pan

Cheese aka d-tiramisu :
Cheese, sour cream dan heavy cream di blend supaya sekata. Masukkan dalam mixer
Dalam mangkok lain, pukul whip cream, bila dah agak kembang, masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai kental
Gabungkan dengan cheese tadi cara kaup balik



Masukkan cheese, tabur koko, atur biskut yang dah celup kopi, letak lagi cheese, koko, biskut dan seterusnya tetapi habiskan dengan koko.

Hiaskan dengan buah2an.




P/s: Buat elok2. Klu rasa macam tidak menjadi, jangan segan2 nak bertanya k.

Click HERE for some helpful tips.

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Saturday, 9 March 2013

Mexican Bun DIY



Tu dia step by step. Selamat Mencoba !



Resepi tengok post terdahulu k.

Step 1 : Uli doh dan buat bebola dalam saiz 30-40g tiap satu dan biarkan 30min supaya dia kembang
Step 2 : tumbuk2 doh dan masukkan filling ditengah2 dan tutup semuka dengan kemas 
Step 3 : Pastikan kemas ya, jika tidak filling akam terkelar apabila doh ini mengembang selepas 30 min
Step 4 : Bila dah kembang 2 kalimganda, picitkan topping kopi atas bun tadi
Step 5 : Bakar dan bersedialah sebab bila2 masa anak atau suami atau jiran akan kedapur dan berkata ...'mmmm sedapnya bau...'

Selamat mencuba!

Click HERE for more mexican buns.

 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan