Thursday, 28 February 2013
Wednesday, 27 February 2013
Helpful Tips 3
Resepi roti asas
Gunakan tepung berprotein tinggi atau jika dibakeri di tulis tepung roti untuk menghasilkan roti yang sempurna dan memberi struktur kepada doh
Tepung kek adalah tepung superfine atau tepung yang telah diayak sebanyak 3 kali
Yis atau ibu roti adalah agen penaik. Jika menggunakan yis basah, tambahkan sukatannya 3 kali ganda.
Yis yang telah dibuka tidak boleh digunakan selepas 5 hari
Pastikan yis tidak diletakkan terus berdekatan dengan garam atau air panas
Yis yang elok ialah apabila diletakkan didalam cecair (susu atau air) dia akan berbuih
Bread improber atau bread softener merupakan ajen pengoksidan untuk melembutkan roti
Garam digunakan untuk mengenakkan rasa dan membuat doh lebih mudah untuk dibentuk
Air merupakan gluten yang mengikat tepung. Gunakan air suhu bilik, bukan ais, bukan air panas
Telur ditambah kedalam doh supaya doh lebih berkhasiat dan memberi warna yang lebih cantik.
Selepas doh dibentuk, sapukan doh dengan butter dan telur yang dicampur dengan susu, supaya roti kelihatan lebih kuning dan berkilat berkaramel
Butter adalah agen pelembab. Marjerin atau shortening tidak sesuai digunakan dalam resepi roti/bun yang lembut
Suhu bilik penting semasa 'rehat' (pengembangan doh) kepada 2-3 kali ganda
Doh yang dah mengembang, jangan di cuit2 atau doh tersebut akan kempis balik
Adunan span doh adalah penting untuk mengkayakan doh yis dan mempercepatkan proses pembiakan yis

Click HERE for the original post.
Roti asas
*hulur kain*
...minta perhatian ...sila lap air liur anda
Meh buat macam foto ni : mini piza sosej, bun sosej, cheesestick, braided bread, bun coklat cips, bun kacang merah, bun clover, cinnamon roll dll
Ade 2 step
Step 1 sediakan doh span
200g tepung roti
11g yis segera
1/2 st gula kaster
100 ml air
Cara : adun semua dan simpan dalam peti ais selama 3 jam atau semalaman
Step 2 sediakan doh roti
500g tepung roti
500g tepung kek
22g yis segera
100g gula kaster
2 biji telur
15g bread improver atau softener atas jus limau atau vit c
20g garam
100g butter
400-500ml air
Optional : 30g horlicks
30g susu tepung
Adun semua hingga doh tidak melekat pada dinding mangkok mixer. Untuk menguji samada doh suadah cukup kenyal, ambil sedikit dan cuba tarik untuk melebarkan doh tersebut. Doh yang kenyal adalah doh yang jika ditarik dia tidak koyak dan ianya boleh ditarik nipis hingga boleh kelihatan jari kita dibawah nya
Ok siap dah dohnya. Bentukla mengikut suka (insyallah akan saya tunjuk cara suatu hari nanti) dan biarkan dia rehat 2-3 kali ganda dan bakar 170 dalam 10-15 min bergantung pada saiz.

Click HERE for some helpful tips.
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
DIY Chocolate oreo
1. Ready bahan-bahan. Dari bawah - hair dryer murah, Loli stick,milk chocolate, oreo, white chocolate, dan buku nota untuk tengok resepi he he he |
2. Tuang coklat putih,masukkan oreo dan tutup dengan coklat Mold yang di kiri adalah mold lolipop ... Boleh letak kayu loli dengan mudah |
3. SERBU !!!
Bahan
1 bar coklat milk compound (akak guna jenama beryl atau sicao)
1 bar coklat putih compound
Biskut oreo yang dibuang creamnya
Cara
Double boil coklat hingga cair (pastikan tiada air langsung termasuk ya)
(kaedah double boil : cari bekas dan isi air dan hidupkan api. Cari bekas yang lebih besar dan letak coklat dalam bekas tersebut. Bekas ini diletak diatas bekas yang kecik tadi.)
Menggunakan hair dryer, panaskan mold coklat
Tuang coklat cair milk atau putih separuh, letak sekeping oreo dan tutup balik dengan coklat milk atau putih
Ketuk2 tepi mold supaya tidak ade ruang udara
(jika hendak dijadikan lolipop, letak sahaja kayu lolipop ditengah2 dan tekan supaya tidak tercabut - sebenarnya ada mold loli yang sedia ade di jual di kedai bakeri)
Masukkan kedalam peti ais
Coklat siap apabila kelihatan mold tersebut berjerebu dan dengan mudah coklat tadi dikeluarkan.
Jika coklat susah nak keluar, bermakna coklat tadi belum keras lagi atau anda terlupa nak panaskan dengan hair dryer tadi
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Meringue Rose
Biskut rose meringue
Atau cakap omputih ...rose meringue cookies
Bahan
4 biji telur putih
1 c gula kaster
1 sb meringue powder
1 sk cream of tartar
Essence (ape2 perisa yang disukai)
Cara
Double boil telur putih, gula, meringue, cream of tartar hingga gula tu cair (dalam 5 min)
Masukkan dalam mixer dan pukul guna whisk yang bulat hingga nampak berkilat dan likat (dalam 10 min)
Paipkan atas dulang bentuk rose (nozzle 2m) atau apa design yang disukai
Bakar 180 selama 45min, turunkan suhu kepada 120 selama 45 min dan biarkan cookies dalam oven panas yang lampu biar 'on' hingga cookies betul2 keras dan ringan.
Biskut ini rasanya sepupu pavlova dan macaron...rasa lebih kurang sahaja

Tuesday, 26 February 2013
Fresh Mexican Bun
Bahan roti
500 g tepung roti
20 g susu tepung
75 g gula kaster
1 paket yis (22g)
1 bj telur
1st bread improver
60g butter
250 ml susu segar
1st garam
Masuk semua dalam mixer dan uli sampai doh tidak melekat di mangkok mixer dan tutup dengan tuala basah atau cling plastik selama 10 min. Buat bentuk bebola dan tutup balik dnegan tuala basah selama 30-45 min
Bahan fillings / toppings
2biji telur
100 g gula kaster
100g tepung gandum
1sb nescafe
2sb air panas
100 g butter
Pukul telur gula dan butter. Masukkan nescafe (yang dibancuh dahulundengan air panas). Masukkan tepung. Masuk piping bag dan simpan dalam peti ais
Sekarang masukkan filling dalam bebola dan biarkan atas loyang pembayang (sapu minyak dulu ya) selama 45 min. Roti ini akan mengembang 2 kali saiz asal.
Gunakan fillings tadi dan menggunakan piping bag buat lingkaran bulat diatas doh ni. Bakar 170 selama 15 min.
Rujuk album masakan dan resepi dalam facebook sya ya jika nak lihat cara yangnlebih terperinci (dari slide ni 9 - 31)
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Polkadot Bee
Bahan
4 biji telur
250g tepung gandum
225g gula caster
130ml susu full cream
1st ovelette
1st essesn vanila
(1st baking powder - tak letak pun takpe)
Fillings - blueberry ke strawberry ke ...atau ape2 paste
Cara
Telur dan gula pukul sampai putih gebu
Masukkan ovelette, pukul lg campai rasa ringan
Masukkan tepung dan susu silih berganti, masuk essen dan pukul sampai betul2 likat dan ringan
Dalam cuocake liner, masukkan sedikit adunan, masuk pula fillings dan tutup semula dengan adunan tadi. Untuk mendesign, sila rujuk di facebook saya untuk melihat cara2 yang lebih terperinci. Kemudian kukus dalam 10 min, siap!
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Labels:
aidila,
bakery,
bee,
colourful,
cupcake,
decoration,
polkadot,
rainbow,
recipe,
red,
tips,
yellow
Puteri Ayu
4 biji telur
250g tepung gandum
225g gula caster
130ml santan
1st ovelette
1st essesn vanila
Kelapa parut (1bj)
Sedikit tepung ubi
Garam
Cara
Telur dan gula pukul sampai putih gebu
Masukkan ovelette, pukul lg sampai rasa ringan
Masukkan tepung dan santan silih berganti, masuk essen dan pukul sampai betul2 likat dan ringan
Kelapa parut, letak sedikit garam dan 2 sb tepung ubi, gaul.
Sapukan acuan dengan minyak makan dan letakkan kelapa tadi. Tekan kuat2. Kukus dalam 5 min
Angkat kukus tadi dan tuangkan adunan hingga penuh acuan tu. kukus lagi dalam 10-15 min.
Sila rujuk di facebook saya untuk melihat cara2 yang lebih terperinci.
Monday, 25 February 2013
Helpful Tips 2
Enjoy the sweet taste of caramel
Caramel atau guka hangus jangan sampai hangit
Menggunakan susu cair dalam tin, akan membuat caramel menjadi lebih pejal berbanding dengan menggunakan full cream milk atau fresh milk yang dalam kotak. Tapi dua2 boleh guna dan bergantung pada selera masing. Biasa jika pelanggan hendak membawa kek ini untuk perjalanan jauh, saya lebih suka guna susu cair tin.
Gula hangus mesti meliputi keseluruhan loyang termasuk sudut2 (jika tidak, kek tidak akan keluar cantik)
Selepas setiap lapisan adunan, bolehlah guna lidi dan lorek adunan tersebut supaya design dalam kek nampak beralun
Pastikan anda menggunakan api bawah sahaja untuk 45 minit yang awal dan api atas bawah untuk lagi 15 -20 min terakhir
Biarkan kek betul betul sejuk dan meregang dari loyang baru terbalikkan dan mudah keluarkan kek
Kek karamel akan cantik potongannya selepas disejukkan dalam peti ais dan sekiranya menggunakan pisau plastik (potong iek) yang dicelup dengan air panas
Sunday, 24 February 2013
Thursday, 21 February 2013
DIY Tart Shell
Here's how...
Kalau ikut betul-betul cara dia, InshaAllah jadi cam ni
Resepi :
170gm butter
170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu.
Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Gelek adunan jadi nipis diatas plastik, letakkan acuan. Terbalikkan plastik tersebut dan tekan2 doh supaya acuan jelas kelihatan n doh senang ditarik keluar.
Tekan adunan dalam acuan, cucuk dengan garpu dan bakar dalam 15-20 min.
Keluarkan tart shell ini semasa is masih panas. Terbalikkan dan gunalah ape2 untuk mengangkat acuan yang panas tersebut. Tart shell akan keluar dengan mudah
Creampuff
200 ml air
90 g butter
120 g tepung gandum
200 g telur
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Atas loyang sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air.
Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard dam taburkan gula ising
Click HERE for some helpful tips.
Helpful tips 1
Choux pastry aka cream puff
Bahannya tidak banyak (air, butter, telur, tepung) dan cara buat pun mudah tetapi jika tidak diberi perhatian, maka cream puff tidak akan jadi sebagaimana sepatutnya...rangup di luar, kosong didalam dan kekal kembung bila keluar oven/sejuk
Tips :
1. Apabila butter cair dan mendidih, serta merta tutup api supaya wap air tidak banyak keluar.
2. Percikan air ke choux sesaat sebelum dimasukkan ke dalam oven.
3. Kandungan air dalam choux penting kerana air ini akan menjadi wap dan akan membuat choux kita kembung
4. Seeloknya percikkan juga alas tempat pembakar dengan air sebab wap air ini juga membantu choux kita mengembang
5. Suhu oven mesti 200 sebelum choux di bakar supaya ianya betul2 mengembang
6. Selepas 20 min, turunkan suhu 180 selama 12-20 min lagi supaya choux tu kekal bulat, rangup, kembung dan berlubang didalam
7. Jangan keluarkan terlalu awal sebab nanti choux tersebut akan kempis balik
8. Choux yang betul masak sepatutnya ringgan, crispy kulitnye (tekan dengan jari) dan warnanya keperang-perangan.
Click HERE to see the original post
Raya Cake
Selamat Hari Raya !
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Wednesday, 20 February 2013
m&m's cupcake
How do we make the little fish?
Buy little m&m. Cover the cupcakes with buttercream. Arrange the m&m to make
scales and lips.and tails. For the eyes, use white and black dots of buttecream
Yes, it goes well with this mermaid cake |
A little treat to brighten your day :)
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Tuesday, 19 February 2013
Princess Cake
This one goes to all of you... Princesses out there
Simple and sweet design using fondant and 'barbie' logo for any little and big princesses. Just trace the logo on a black fondant, cut it out and paste.
Or trace the logo and fill it up with buttercream as what i did to the yellow cake
Or trace the logo and fill it up with buttercream as what i did to the yellow cake
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Monday, 18 February 2013
Kuih Tart II - blueberry cheese tart
Blueberry cheese tart
Sila rujuk cara dan resepi buat kulit tart creamcheese dalam post 'tart'
Sekarang saya tunjuk cara buat blueberry cheese. Yang penting mesti ade blueberry fillings! Letaklah ape fillings pun. Tapi jika nak jadikan tart coklat, nanti saya tunjukkan di lain masa k.
Paipkan bkueberry fillings dalam kulit tart, letak creamcheese (biar membukit ya), kemudia letak setitik blueberry ditengah creamcheese tadi. Gunakan toothpick dan lorek cara memusing supaya kelihatan seperti pusingan taufan.
Bakar dalam 10 min, takpe jika creamcheese masih lembik2 sebab nanti die kerasla tuh.
Untuk membuat cherry ... Letakkan creamcheese warna merah, 2 dot dan guna lidi untuk melorek line creamcheese hijau.
Sementara bentuk cam daun tu, buat line guna toothpick selari kemudian buat garisan memanjang dari atas ke bawah. Mmmm kalau rasa tak tau nak buat, meh ke rumah akak ya, nanti akak tunjukkan. Kat youtube pun ade laaa, gie check

Nurse Cake
Happy Birthday NUR AISYAH
Dengan menggunakan fondant, mudah untuk membuat pelbagai jenis design kek. Contohnya kek birthday untuk Cik Nur Aisyah ni. Jemput2 lah bertandang ke fb saya untuk melihat kek kebaya embroidery atau kek kemeja atau atau kek gaun atau cupcake baju melayu dan kurung dan yang lenlain ya
Ada 2 jenis fondant yang biasa saya buat : fondant biasa dan fondant marshmallow yang lebih mudah nak buat. Dan mungkin, jika ade extra masa saya akan post juga mengenai gumpaste - juga fondant tapi lebih sesuai tuk buat bunga2 dan struktur2 yang keras. Harap dik non dik non sedia menunggu keluaran post tu nanti ya
Kesimpulan saya akan buat post mengenai :
Fondant biasa
Fondant marshmallow
Gumpaste (fondant keras)

Pandan Layer Cake
light, fluffy cake of Malay origins
Mmmm belum berkesempatan nak letak resepi lagi disini, tapi jika dah rasa nak sangat buat kek pandan layer yang sedap ni, jom ke fb saya ya. Yang ni saya update later noo
Mmmm belum berkesempatan nak letak resepi lagi disini, tapi jika dah rasa nak sangat buat kek pandan layer yang sedap ni, jom ke fb saya ya. Yang ni saya update later noo
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Sunday, 17 February 2013
Kuih Tart
Chocolate + Custard Cheese + (fruit toppings)
Resepi kulit tart
170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara : gaul semua, simpan pt ais 3 jam, kuarkan, terap dan bakar 180 selama 10 min
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara : pukul creamcheese dan gula, masuk telur dan essen
Masukkan creamcheese dalam kulit tart yang dah sejuk, letak buah2an.
Kalau buat cheesetart, buatlah design titik ke lorekan ke (untuk blueberry cheese tart) dan bakar 180 slm 5-10 min. Yang tart buah ni janganla dah letak buah, pastu korang bakar lak.
Kalau buat cheesetart, buatlah design titik ke lorekan ke (untuk blueberry cheese tart) dan bakar 180 slm 5-10 min. Yang tart buah ni janganla dah letak buah, pastu korang bakar lak.
Sila lawat facebook saya tuk cara yang lebih detail buat kulit dan design atas creamcheese
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Thursday, 14 February 2013
Wedding Dress Chocolate tuk hantaran
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Labels:
aidila,
anniversary,
bakery,
cake,
chocolate,
heart,
love,
strawberry,
tuxedo,
wedding
5KG LEGO
Hangpa semua dah ke Legoland. Legocake bila lagi? :)
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Doughnut balls
...with custard or strawberry fillings. Blueberry, chocolate also can maaa
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Wednesday, 13 February 2013
Resepi brownie kukus amanda
Okay, jom try !
300 g dark chocolate
300 g butter
1/8 st garam
6 bj telur
250 g gula kaster
200 ml susu cair
Ayak :
200 g tepung gandum
1 st baking powder
75 g cocoa powder
Topping : (ganache)
250 g cooking chocolate
125 g heavy cream atau fresh cream
Cara :
Panas oven 180 c
Cairkan Chocolate n butter
Ltk garam dan Ketepikan
Pukul telur dan gula hingga gebu
Masukkan chocolate dan butter tadi bersama susu selang seli
Masukkan tepung sikit2 dan kacau rata
Masukkan dalam 2 bekas 15x30x3 yg telah disapu butter dan ditabur tepung
Bakar cara bain marie (letak bekas yang lebih besar, tuang air panas. Letak pan tu dlm bekas berair tadi)
Bakar selama 30 min atau cucuk lidi tuk pastikan ianya masak
Bila dah sejuk Keluarkan kek dan sapu ngan ganache. Lapikkan dengan satu lagi kek. Tekan supaya die lekat. Boleh la tabur hirisan badam jika nak.

Classic Creme Caramel
Tea Time !
Nak resepi ke? Ni akak belajar online dari zuraini alias. Leh tengok2 cara2 detail dalam facebook saya ya
Gula hangus
Nak resepi ke? Ni akak belajar online dari zuraini alias. Leh tengok2 cara2 detail dalam facebook saya ya
Gula hangus
2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketika
Pastikan gula ni sekata keliling loyang. Jika tak sekata, kek keluar tak cantik
Karamel
1/2 tin (200ml) susu cair
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati dengan garpu sahaja
Tapis dan tuang perlahan atas gula hangus tadi. Dengar bunyi cam kaca pecah, relaks .. Tu jadila maknanya
LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati
Meringue ( B )
6 telur putih ( jangan ade walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jikadi terbalikkan.
* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Monday, 11 February 2013
(add your taste here) in a jar!
Rasakan pelangi
...trifle juga
Resepi pelangi dalam botol. Resepi kek pelangi akak belajar cara online dari azlita masam manis
Resepi pelangi dalam botol. Resepi kek pelangi akak belajar cara online dari azlita masam manis
3 c tepung gandum
4 tsp baking powder
1 c butter
1 1/2 c gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 c susu segar
2 tsp esen vanilla
6 jenis warna
Cara
Putar butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur putih dan esen
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Untuk kek rainbow dlm balang, masukkan warna2 kedalam jar kemudian dibakar dgn meletakkan botol dlm takungan air panas
Bakar 15 minit pada suhu 180 C
Bl dah sejuk, paipkan buttercream cheese
Bahan buttercream creamcheese
250 gm cheesecream
130 gm gula icing
1 bj telur
Putar sebati
Topping boleh guna non diary whip cream dipukul kental sahaja. Rasanya lebih sedap bagi akak tapi tidak sesuai jika untuk dibawa jauh sebab cream topping ini boleh cair
Tuk trifle ... Lenkali ok. Tulis terus nanti korang tak nak tengok lagi blog ni lak
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Sunday, 10 February 2013
Ais Krim 2 KAKI !
Alahai adik-adik kempunan ais-krim ye? Nah ambik, stok satu bulan sebab saiz aiskrim no 13 kaki panjang x 10 kaki lebar.
Kek ini 3 lapis - kek sponge vanila, kek sponge chocolate n kek sponge strawberry
Gunakan resepi kek sponge biasa n gantikan dengan paste strawberry n chocolate.
Basic kek sponge :
.375 gm Tepung Span Mix
75 gm Susu Segar
375 gm Telur
1 sudu besar Perasa Vanila (atau strawberi/chocolat)
90 gm Butter yang dicairkan atau minyak jagung
Cara ;
Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (betul2 kembang n ringan - jk angkat whisk adunan akan kelihatan pekat n turun dengan perlahan. Ini penting untuk kek sponge yang gebu)
Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan spatula cara kaup balik sahaja sehingga betul2 sebati.
Tuang dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
The Crepes...
HARGA BAEK PUNYA!! CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA :)
Green - mango,
yellow - corn,
red - strawberry
amber - durian
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Labels:
aidila,
bakery,
colourful,
corn,
crepes,
durian crepe,
jagung,
mango,
panas,
strawberry
Saturday, 9 February 2013
Kek Donut Gergasi
Donut.. Donut.... Sape tak suka donut
Lagi-lagi yang besar macam ni haa..!
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Fairytale Storybook
Pada suatu hari, ada seekor tupai ahhh... uhmm... emmm... *burp*
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Superhero Muffins
Now this is what I call kid's 'love at first sight'.
Cupcake coklat moist paling mudah
Bhgian A
1 c tepung gandum
1 c gula kastor
1/2c serbuk koko
1/2st soda bikarbonate
1/2st baking powder
Bhgian B
3/4 c susu segar
1/2 c minyak masak
1 bj telur
Essen vanila
Gaul A dan B guna spatula jek.
Scoop 3/4 cupcake liner, bakar 170 selama 15-20 min
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
Subscribe to:
Posts (Atom)