Thursday, 21 February 2013

Helpful tips 1



Choux pastry aka cream puff

Bahannya tidak banyak  (air, butter, telur, tepung) dan cara buat pun mudah tetapi jika tidak diberi perhatian, maka cream puff tidak akan jadi sebagaimana sepatutnya...rangup di luar, kosong didalam dan kekal kembung bila keluar oven/sejuk

Tips :

1. Apabila butter cair dan mendidih, serta merta tutup api supaya wap air tidak banyak keluar.
2. Percikan air ke choux sesaat sebelum dimasukkan ke dalam oven.
3. Kandungan air dalam choux penting kerana air  ini akan menjadi wap dan akan membuat choux kita kembung
4. Seeloknya percikkan juga alas tempat pembakar dengan air sebab wap air ini juga membantu choux kita mengembang
5. Suhu oven mesti 200 sebelum choux di bakar supaya ianya betul2 mengembang
6. Selepas 20 min, turunkan suhu 180 selama 12-20 min lagi supaya choux tu kekal bulat, rangup, kembung dan berlubang didalam
7. Jangan keluarkan terlalu awal sebab nanti choux tersebut akan kempis balik
8. Choux yang betul masak sepatutnya ringgan, crispy kulitnye (tekan dengan jari) dan warnanya keperang-perangan.  

Click HERE to see the original post


No comments:

Post a Comment