Alahai adik-adik kempunan ais-krim ye? Nah ambik, stok satu bulan sebab saiz aiskrim no 13 kaki panjang x 10 kaki lebar.
Kek ini 3 lapis - kek sponge vanila, kek sponge chocolate n kek sponge strawberry
Gunakan resepi kek sponge biasa n gantikan dengan paste strawberry n chocolate.
Basic kek sponge :
.375 gm Tepung Span Mix
75 gm Susu Segar
375 gm Telur
1 sudu besar Perasa Vanila (atau strawberi/chocolat)
90 gm Butter yang dicairkan atau minyak jagung
Cara ;
Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (betul2 kembang n ringan - jk angkat whisk adunan akan kelihatan pekat n turun dengan perlahan. Ini penting untuk kek sponge yang gebu)
Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan spatula cara kaup balik sahaja sehingga betul2 sebati.
Tuang dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
No comments:
Post a Comment