1. Ready bahan-bahan. Dari bawah - hair dryer murah, Loli stick,milk chocolate, oreo, white chocolate, dan buku nota untuk tengok resepi he he he |
2. Tuang coklat putih,masukkan oreo dan tutup dengan coklat Mold yang di kiri adalah mold lolipop ... Boleh letak kayu loli dengan mudah |
3. SERBU !!!
Bahan
1 bar coklat milk compound (akak guna jenama beryl atau sicao)
1 bar coklat putih compound
Biskut oreo yang dibuang creamnya
Cara
Double boil coklat hingga cair (pastikan tiada air langsung termasuk ya)
(kaedah double boil : cari bekas dan isi air dan hidupkan api. Cari bekas yang lebih besar dan letak coklat dalam bekas tersebut. Bekas ini diletak diatas bekas yang kecik tadi.)
Menggunakan hair dryer, panaskan mold coklat
Tuang coklat cair milk atau putih separuh, letak sekeping oreo dan tutup balik dengan coklat milk atau putih
Ketuk2 tepi mold supaya tidak ade ruang udara
(jika hendak dijadikan lolipop, letak sahaja kayu lolipop ditengah2 dan tekan supaya tidak tercabut - sebenarnya ada mold loli yang sedia ade di jual di kedai bakeri)
Masukkan kedalam peti ais
Coklat siap apabila kelihatan mold tersebut berjerebu dan dengan mudah coklat tadi dikeluarkan.
Jika coklat susah nak keluar, bermakna coklat tadi belum keras lagi atau anda terlupa nak panaskan dengan hair dryer tadi
☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan
No comments:
Post a Comment