Showing posts with label bun. Show all posts
Showing posts with label bun. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Roti




Rupa dah ada. Nama je. Hmmph. I say man....

500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti dan sponge doh - masukkan semua bahan tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. On kan mixer dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mixer sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok mixer

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda

Canai dan jalin doh berbentuk bulat untuk pizza atau pelbagai bentuk lain (akan saya tunjuk di post lain ya)

Untuk piza, sapu telur atas doh, sapu sos prego, tabur hirisan sosej, sayor campur dan cheese

Rehatkan 30 min

Bakar 180 dalam 15-20min. Bila keluar oven, terus sapu dengan telur




 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Sausage roll



the number 1 'in-home meal... SAUSAGES !!!

500g tepung roti
500g tepung kek
22g yeast
100g gula kaster
15g garam
15g bread improver 
2 bj telur
100g butter
400-500ml air

Optional
30g Horlicks
30g susu tepung

100g Sponge Doh

Mula2 buat sponge doh - adun 100g tepung, 11g yeast, 1sb gula, 80ml air dan simpan peti ais semalaman

Buat doh roti dan sponge doh - masukkan semua bahan tapi pastikan garam dan yeast tidak diletak berdekatan. On kan mixer dan tuangkan air sedikit2 (kemungkinan besar kita tidak perlu guna keseluruhan air). Berhenti mixer sejurus selepas doh tidak melekat di dinding mangkok mixer

Rehatkan 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda

Canai doh bentuk tali panjang dan lilitkan kemas pada sosej. Sapukan dengan telur yang  dicampur susu (akan saya tunjuk di post lain ya)

Rehatkan 30mim

Bakar 180 dalam 15-20min. Bila keluar oven, terus sapu dengan telur


 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Wednesday, 27 February 2013

Roti asas



*hulur kain*


...minta perhatian ...sila lap air liur anda

Meh buat macam foto ni : mini piza sosej, bun sosej, cheesestick, braided bread, bun coklat cips, bun kacang merah, bun clover, cinnamon roll dll

Ade 2 step

Step 1 sediakan doh span
200g tepung roti
11g yis segera
1/2 st gula kaster
100 ml air
Cara : adun semua dan simpan dalam peti ais selama 3 jam atau semalaman

Step 2 sediakan doh roti
500g tepung roti
500g tepung kek
22g yis segera
100g gula kaster
2 biji telur
15g bread improver atau softener atas jus limau atau vit c
20g garam
100g butter
400-500ml air
Optional : 30g horlicks
30g susu tepung

Adun semua hingga doh tidak melekat pada dinding mangkok mixer. Untuk menguji samada doh suadah cukup kenyal, ambil sedikit dan cuba tarik untuk melebarkan doh tersebut. Doh yang kenyal adalah doh yang jika ditarik dia tidak koyak dan ianya boleh ditarik nipis hingga boleh kelihatan jari kita dibawah nya

Ok siap dah dohnya. Bentukla mengikut suka (insyallah akan saya tunjuk cara suatu hari nanti) dan biarkan dia rehat 2-3 kali ganda dan bakar 170 dalam 10-15 min bergantung pada saiz.


Click HERE for some helpful tips.

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Tuesday, 26 February 2013

Fresh Mexican Bun



Bahan roti
500 g tepung roti
20 g susu tepung
75 g gula kaster
1 paket yis (22g)
1 bj telur
1st bread improver
60g butter
250 ml susu segar
1st garam

Masuk semua dalam mixer dan uli sampai doh tidak melekat di mangkok mixer dan tutup dengan tuala basah atau cling plastik selama 10 min. Buat bentuk bebola dan tutup balik dnegan tuala basah selama 30-45 min

Bahan fillings / toppings
2biji telur
100 g gula kaster
100g tepung gandum
1sb nescafe
2sb air panas
100 g butter

Pukul telur gula dan butter. Masukkan nescafe (yang dibancuh dahulundengan air panas). Masukkan tepung. Masuk piping bag dan simpan dalam peti ais

Sekarang masukkan filling dalam bebola dan biarkan atas loyang pembayang (sapu minyak dulu ya) selama 45 min. Roti ini akan mengembang 2 kali saiz asal.

Gunakan fillings tadi dan menggunakan piping bag buat lingkaran bulat diatas doh ni. Bakar 170 selama 15 min.

Rujuk album masakan dan resepi dalam facebook sya ya jika nak lihat cara yangnlebih terperinci (dari slide ni 9 - 31)



Click HERE for more mexican buns.

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan