Showing posts with label panas. Show all posts
Showing posts with label panas. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Kuih Puteri Ayu 2





Bahan
250 g tepung
4 bj telur
225 g gula kaster
13o ml santan
1st ovelette
Essence vanila
1 bj Kelapa parut 
1 tbs tepung kanji
Sedikit garam

Cara-Cara
Gaul kelapa parut bersama tepung kanji dan garam
Takde tepung kanji, letaklah tepung gangum ke tepung ubi ke pun takpe
Bekas disapu minyak
Masukkan kelapa sedikit dan tekan biar rata
Kukus sekejab dan angkat letak tepi

Dalam mangkuk Pukul telur dengan gula sampai gebu
Masuk ovelette dan pukul ladi
Letak sedikit essense vanila atau essence pandan
Masuk tepung dan santan selang seli
Paipkan dalam bekas isi kelapa tadi
Kukus 7-10 min dan siap

Juga boleh dimeriahkan dengan macam macam warna

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Wednesday, 27 February 2013

Roti asas



*hulur kain*


...minta perhatian ...sila lap air liur anda

Meh buat macam foto ni : mini piza sosej, bun sosej, cheesestick, braided bread, bun coklat cips, bun kacang merah, bun clover, cinnamon roll dll

Ade 2 step

Step 1 sediakan doh span
200g tepung roti
11g yis segera
1/2 st gula kaster
100 ml air
Cara : adun semua dan simpan dalam peti ais selama 3 jam atau semalaman

Step 2 sediakan doh roti
500g tepung roti
500g tepung kek
22g yis segera
100g gula kaster
2 biji telur
15g bread improver atau softener atas jus limau atau vit c
20g garam
100g butter
400-500ml air
Optional : 30g horlicks
30g susu tepung

Adun semua hingga doh tidak melekat pada dinding mangkok mixer. Untuk menguji samada doh suadah cukup kenyal, ambil sedikit dan cuba tarik untuk melebarkan doh tersebut. Doh yang kenyal adalah doh yang jika ditarik dia tidak koyak dan ianya boleh ditarik nipis hingga boleh kelihatan jari kita dibawah nya

Ok siap dah dohnya. Bentukla mengikut suka (insyallah akan saya tunjuk cara suatu hari nanti) dan biarkan dia rehat 2-3 kali ganda dan bakar 170 dalam 10-15 min bergantung pada saiz.


Click HERE for some helpful tips.

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Sunday, 10 February 2013

The Crepes...


HARGA BAEK PUNYA!! CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA :)
 
Green - mango,
yellow - corn,
red - strawberry
amber - durian

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan