Showing posts with label blueberry. Show all posts
Showing posts with label blueberry. Show all posts

Friday, 8 March 2013

Blueberry Cheese Brownies 2nd Edition



Abaikan ayat 2nd edition. Saje nak bagi gempak supaya korang luangkan masa tuk tengok ni gak. HAHA !


Bahan-bahan :
85g unsalted butter 
100 g coklat hitam
70g gula 
2 biji telur 
70g tepung
1 sudu serbuk cocoa 
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan blueberry fillings
1 st jus limau

Cheesecake topping
250g cream cheese ( suhu bilik ) 
30g gula 
1 biji kuning telur 
1/8 sudu kecil esen vanilla
1st jus limau

Caranya :

Panaskan oven 180 C
Double boil butter dan coklat dalam api yang kecil. Kacau hingga sebati.
Tutup api dan keluarkan. Masukkan gula dan telur.
Masukkan tepung, serbuk koko, garam, esen vanilla.
Masukkan ke dalam loyang untuk dibakar 180C dalam 30-40 min

Dalam mangkuk lain, pukul sebati cream cheese, kuning telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
Letakkan cream cheese di atas adunan brownie yang sudah sejuk. 
Letak sesudu kecil blueberry secara random. Gunakan toothpick dan cuba swirl supaya kelihatan menarik

Bakar 180C dalam 10-15 min. Keluar dan sejukkan







 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Tuesday, 5 March 2013

Blueberry Muffin




Bahan
3 sb butter
2/3 cawan gula kaster

1/2 cawan susu
1 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan blueberry fillings
1 sk essen vanilla 


Putar mentega bersama gula hingga kembang

Masukkan telur. 

Kemudian masukkan susu.
Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan sedikit garam. 


Kemudian masukkan blueberries cara rambang dan bertompok tompok.

Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dalam cupcake liner  


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 16-20 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.


Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya.

Nota : letak fresh blueberry pun ok juga


 ☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Monday, 18 February 2013

Kuih Tart II - blueberry cheese tart




Blueberry cheese tart


Sila rujuk cara dan resepi buat kulit tart creamcheese dalam post  'tart'

Sekarang saya tunjuk cara buat blueberry cheese. Yang penting mesti ade blueberry fillings! Letaklah ape fillings pun. Tapi jika nak jadikan tart coklat, nanti saya tunjukkan di lain masa k.

Paipkan bkueberry fillings dalam kulit tart, letak creamcheese (biar membukit ya), kemudia letak setitik blueberry ditengah creamcheese tadi. Gunakan toothpick dan lorek cara memusing supaya kelihatan seperti pusingan taufan.
Bakar dalam 10 min, takpe jika creamcheese masih lembik2 sebab nanti die kerasla tuh.

Untuk membuat cherry ... Letakkan creamcheese warna merah, 2 dot dan guna lidi untuk melorek line creamcheese hijau.

Sementara bentuk cam daun tu, buat line guna toothpick selari kemudian buat garisan memanjang dari atas ke bawah. Mmmm kalau rasa tak tau nak buat, meh ke rumah akak ya, nanti akak tunjukkan. Kat youtube pun ade laaa, gie check



✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan

Thursday, 14 February 2013

Doughnut balls


...with custard or strawberry fillings. Blueberry, chocolate also can maaa

☏ 013-3390202
✉ aidilabakery@gmail.com
http://www.facebook.com/rajahalida.rajashahdan